1B16 - 'Pak Guard' UiTM


Sebelum aku memulakan cerita, suka aku memberitahu pembaca yang cerita ini adalah sambungan cerita sebelum ini. Maaf kalau pembaca tidak faham cerita yang ingin aku kongsikan. Cerita pertama http://fiksyenshasha.com/hans_pp-1b16-rambut/ dan cerita kedua http://fiksyenshasha.com/hans_pp-1b16-party-bedroom/ ..


Di dalam penghujung surah Allah SWT memberi ingat bahawa syaitan akan sering meniupkan bisikan-bisikannya, firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut Yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia. (al-Nas:2-7).


Selepas kawan aku ceritakan berkenaan ada makhluk yang selalu membuat onar dalam bilik aku, aku hanya diamkan diri, tanda redha berkongsi milik dengan makhluk yang tidak nampak dengan mata kasar. Cuti semester pun sudah tamat. Esok aku kena bergerak pulang ke universiti aku. Dalam perancangan, aku hendak bergerak pulang awal sebelum maghrib tetapi apabila tiba di kawasan rehat tapah, badan aku berasa amat letih. Jadi aku ambil insetif untuk berehat sekejap. Selepas parking, aku cuba lelapkan mata sekejap. Malangnya aku terjaga pada jam 5.45pm. Aku bergegas menghidupkan enjin kereta aku dan terus bergerak menuju ke destinasi.


Aku sampai di satu persimpangan selepas keluar dari lebuhraya utara selatan. Ketika aku sedang memandu perlahan, aku ternampak kemalangan dihujung persimpangan tersebut, kereta myvi tu remuk di bahagian depan, jadi aku menafsirkan kemalangan yang terjadi berpunca didepan kereta. Banyak darah di rumput-rumput tempat kereta myvi itu berada terutamanya di side mirror di sebelah penumpang dan aku berasa agak pelik apabila aku tidak nampak kelibat manusia yang terlibat dalam kemalangan itu. Situasi yang pelik ditambahkan dengan waktu maghrib, aku memang tak berani turun kereta memberi pertolongan. Alhamdulillah, aku melihat lampu biru dari kereta peronda polis yang kebetulan berada di belakang kereta aku. Jadi aku hanya meneruskan perjalanan dengan harapan bahawa polis itu akan menolong penumpang kereta tersebut.


Keadaan menjadi bertambah pelik apabila kereta peronda polis itu turut tidak memperdulikan kereta kemalangan itu. Mulalah banyak tanda tanya di kepala otak aku. Adakah kereta polis itu tidak perasan kemalangan tersebut? Adakah aku berhalusinasi? Adakah betul kata orang tua-tua benda yang pelik jangan ditegur? Aku mengambil sikap yang ‘play save’ untuk turut tidak mempedulikan kemalangan tersebut. Sampai aku di universiti aku pada pukul 7.30pm lebih kurang. Terus menuju ke bilik aku. Akibat terlalu penat, aku cepat-cepat masa megi sambil tu kemas barang dan solat. Setelah selesai makan dan solat aku terus tidur. Mungkin akibat terlalu penat. Sebelum ni tak pernah aku rasa penat bila drive balik ke universiti. Dah la Nampak benda yang bukan-bukan.


Kringggg….Kringggg…Kringggg… alarm aku berbunyi menandakan telah masuk waktu subuh. Walaupun masih terasa penat, aku kuatkan diri untuk masuk bilik air, basuh muka dan ambil wudhuk. Aku solat seperti biasa. Semasa aku sedang membaca doa qunut, tiba-tiba telinga aku terasa seolah-olah ditiup. Aku terfikir, langsir dah tutup, kipas tak on. Mana datangnya angin ni? Aku teruskan solat aku. “assalamualaikum warah matuwah, assalamualaikum warahmatuwah, astagfirullah hal azim”, tiba-tiba terdengar bunyi loceng basikal. Aku boleh teka bunyi loceng itu dari basikal disebabkan aku amat ‘familiar’ dengan loceng basikal. Nenek aku pernah mempunyai basikal lama dan aku sering membunyikan loceng basikal itu, jadi aku yakin bunyi loceng itu datang dari basikal. Bunyi itu datang dari tingkap bilik aku.


Aku segera memandang ke arah tingkap yang berada di belakang aku. Tiba-tiba kelihatan cahaya sedang menyuluh ke arah langsir bilik aku. Aku hanya mampu memerhati. Aku tidak mampu memberi apa-apa respon. Aku terkaku seolah-olah bada aku telah beku keseluruhannya. Perlahan-lahan aku ternampak 4 batang jari yang berwarna kuning ke biru-biruan. Dia cuba membuka langsir bilik aku. Seinci demi inci, akhirnya aku dapat melihat keseluruhan wajah makhluk itu.



Makhluk itu seperti manusia. Dari wajahnya memang menanmpakkan dirinya adalah manusia. Dan tekaan aku memang benar, dia membawa basikal bersama. Tapi bagaimana mungkin dia membawa basikal sedangkan bilik aku diami berada di tingkat empat. Wajahnya seperti pakcik tua yang tidak berambut di tengah kepalanya tetapi mempunyai uban di sebelah kiri dan kanan kepalanya. Kulitnya basah seolah-olah baru lepas ‘mandi’ hujan. Tidak pula aku nampak matanya dan aku yakin, mulutnya di jahit. Dia berpakaian uniform warna biru gelap, dan dibahu kiri nya tertulis ‘JAGA’. Jadi aku simpulkan dia ada Guard. Keadaan menjadi sunyi apabila dia dengan aku hanya bertentang mata. Setelah seketika, dia melompat dari tingkap bilik aku, ke arah aku. Aku blackout kerana itu pengalaman pertama aku diterpa oleh hantu.



Tiba-tiba datang kawan aku, “Hans bangun, dah pukul 1.00pm dah. Sampai pukul berapa ko nak tidur. Dasyat la engko, tidur atas sejadah siap baju melayu sekali”. Aku yang baru bangun, hanya mendiamkan diri. Aku tidak mahu berkongsi dengan kawan aku kerana masa tidak sesuai. Itu sahaja pengalaman yang aku dapat kongsikan. Sekian.

Comments