Dalam surah al-Jinn, ayat 11, Allah SWT menyatakan kata-kata jin:
“Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan. “
Cerita ini berlaku lebih kurang 15 tahun yang lalu dimana aku merupakan saksi yang melihat sendiri kejadian ini berlaku. Perkara mistik ini berlaku pada keluarga paklong aku yang tinggal di salah sebuah kawasan laluan utama lebuhraya utara selatan. Cerita dimulakan ketika aku baru balik daripada melepak dihujung kampung.
"Hanis, hang nak ikut ayah tak pi rumah bapak?" Kata ayah waktu ternampak aku baru balik daripada melepak. Kalau tak silap aku, waktu tu baru pukul 5.30pm camtu la. "Bagi orang solat jap lepastu baru boleh pi". Aku terus meluru ke bilik aku, ambil tuala yang digantung di belakang pintu bilik dan terus ke bilik air untuk mandi dan wudhuk. Setelah selesai, aku pergi ke bilik untuk pakai pakaian yang agak baru sebab nak keluar. Solat asar sudah, aku pergi ke depan, melihat ayah tengah asyik layan kuliah ustaz azhar idrus. "Ayah, hanis dah siap, jom". Ayah pun biarkan tv pasang sebab mak sedang tengok kuliah itu. Ayah tak banyak berbicara terus ke rumah paklong aku. Aku tak ingat tujuan pergi ke rumah paklong. Jadi aku ikut je teman ayah aku.
Sampai je dirumah paklong, paklong meyapa "Acu, mai masuk". "Ha, baik abang" jawab ayah. Ayah dengan paklong rancak bersembang yang aku tak ingat akan topik bualan mereka. Tiba-tiba, mak long datang, "Abang ada nampak tak Faizul?" Tanya maklong yang risau apabila anaknya masih tidak pulang. "La, mana pulak budak ni, dah nak maghrib ni. Haish" kata paklong yang turut risau. Tidak lama lepas tu faizul pon balik ke rumahnya. Tetapi dia kelihatan sangat pelik. Tidak bercakap, tidak pula senyum. Masuk tidak beri salam. Dia salam ayah aku macam biasa. Lepas tu berkumandang lah azan maghrib.
Faizul hanya duduk di tangga rumahnya. Dia hanya melihat orang sekitar. "Hang p sembahyang maghrib". Paklong memberi arahan kepadanya. Faizul tidak mengendahkan arahan Paklong. Aku berasa agak hairan, sebab aku memang tahu Paklong aku memang garang tapi kena faizul tak beranjak dari tangga itu. Dia masih terpingga-pingga melihat rumah itu. Tetapi kali ini agak pelik sebab dia seolah-olah bersembang dengan orang yang ada diatas rumah. Aku yakin tak ada sesiapa di rumah paklong aku selain kami yang berada di bawah ini.
Lagi menghairankan aku, paklong aku hanya membuat tidak tahu selepas faizul tidak mengindahkan arahan dia untuk mengerjakan solat. Tidak lama kemudian, Paklong aku bersama-sama maklong aku menghampiri faizul. Tiba-tiba Paklong aku bersuara dengan suara yang garang sangat, "Apa yang hang buat ada dalam anak aku, dalam rumah aku?" Faizul hanya berdiam diri tetapi dia senyum sinis melihat paklong aku. "Aku tanya apa yang hang buat dalam badan anak aku?" Paklong menguatkan suara dia setelah tidak diendahkan buat pertama kali. Maklong mengambil air dan memercikkan air tersebut di muka faizul. "Sakit, Sakit" Faizul menahan seolah-olah dipercik oleh minyak panas. Yang pasti, itu bukan suara dia. Aku teramat pasti itu bukan suara sepupu aku. Suara itu sangat besar, dan tak mungkin suara itu datangnya dari budak yang baru berusia 11 tahun.
"Hang yang salah, budak ini yang salah, datang ke kawasan aku, datang menganggu aku yang sedang berehat-rehat" jawab makhluk yang berada didalam badan faizul. Makhluk itu menyambung, "Sungai ini kepunyaan aku, jangan ada sesiapa yang berani mengambil barang aku". Paklong mengarahkan makhluk itu keluar dari jasad faizul. Tetapi dia enggan. Lalu maklong aku pula bersuara di dalam bahasa jawa. Aku tidak memahami bahasa itu tetapi makhluk itu faham, dan bercakap melawan maklong aku. Pertengkaran berlaku didalam bahasa jawa, jadi aku tak tahu apa yang dibualkan.
Kedegilan makhluk itu, menyebabkan paklong aku mengeluarkan penyapu lidi. Aku tak faham kenapa penyapu lidi, tetapi ternyata makhluk itu sangat takut. Paklong aku memukul tapak kaki faizul(sebagai syarat sahaja) namun faizul menjerit seolah-olah dia sedang dihiris oleh paklong aku. Selepas itu, makhluk itu berbicara dalam bahasa jawa dengan maklong aku. Setelah seketika, makhluk itu telah keluar dari jasad sepupu aku. Waktu itu, pintu depan rumah paklong dimana tempat aku suka duduk bila pergi ke rumah paklong(sampai sekarang) dengar bunyi detuman seolah-olah ada orang melompat. Rasa pelik aku diikuti dengan tenungan maklong aku ke arah pintu. Lepastu paklong aku menyuruh ayah aku menutup pintu rumahnya. Tak lama lepas kejadian itu ayah aku meminta diri untuk balik ke rumah. Lagi pula, masa dah lewat dan eksiden itu menyebabkan keluarga paklong aku dalam keadaan yang agak terkejut dan keletihan.
Pada keesokkan hari, ayah aku pergi ke rumah paklong untuk mengetahui kisah sebenar yang berlaku. Aku tak dapat ikut kerana ayah aku tidak mahu aku ikut bersama dia. Jadi aku terpaksa menunggu ayah pulang dengan membawa cerita itu. "Assalamualaikum" ayah memberi salam. Aku berlari ke arah pintu untuk buka pintu. Masuk je ayah di dalam rumah terus aku membuka soalan, "Ayah, hanis nak tau cerita, boleh?". Ayah pun mula bercerita. Nak dijadikan cerita, petang tu faizul pergi mandi sungai yang berada di sebelah rumahnya. Semasa sedang mandi, faizul terjumpa seketul batu berwarna hijau, tetapi bukan hijau seperti lumut. Jadi faizul tertarik dengan batu tersebut lalu mengambilnya. Setelah meletakkan batu itu didalam kocek seluar dia, dia ternampak satu lagi batu berwarna hitam tetapi bukan hitam biasa. Mengikut cerita faizul, batu itu berada agak jauh dari tempat dia mandi namun batu itu memacarkan pantulan cahaya matahari dan menarik perhatian dia. Lalu dia pergi untuk mendapatkan batu tersebut. Dia mengambil batu itu dan hendak pulang ke tempat dia mandi semula.
Sekali lagi perhatian dia di tarik oleh anak pantung yang berada di hujung sungai, patung itu bukan lah patung yang ada di kedai tetapi patung itu adalah patung yang dibuat dari perca kain. Faizul pergi untuk melihat patung itu. Biasalah jiwa anak-anak yang hendak menyetuh setiap benda yang dia nampak. Faizul pun memegang anak patung itu, tiba-tiba dia ternampak ada pocong di sebelah dia. Lalu dia pengsan dan tak sedar diri sampai lah malam tadi.
Aku tertanya-tanya apa yang maklong aku katakan pada makhluk itu. Ayah aku memberi jawapan. Maklong aku memberitahu bahawa dia mengugut agar benda itu keluar dari jasad anaknya sendiri atau dalam keadaan menyakitkan dan maklong aku mengatakan bahawa faizul tidak akan masuk lagi ke kawasan itu. Batu-batu yang faizul ambil itu hanya la batu biasa tetapi tetap paklong aku buang semula didalam sungai itu semula.

Comments
Post a Comment