`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
Justin masuk duduk di sebelah aku
sambil melihat-lihat 4 penjuru bilik aku. Aku terpinga-pinga, apa yang dicari
sahabat aku ini. Tiba-tiba dia mula memekik memanggil lagi seorang dalam
biliknya, Jijo. Sebelum aku menyambung, supaya pembaca dapat bayangkan dengan
lebih jelas, didalam apartment(kolej) ini, terdapat 3 bilik. Bilik 1 dan 2
adalah bilik aku yang terletak ditengah-tengah antara bilik lain. Bilik 3 dan 4
adalah bilik didepan bilik aku (pintu bertentangan). Bilik 5, 6, 7 dan 8 adalah
bilik yang dibelakang sekali. Kedudukan macam rumah panjang, bilik selari. Jadi
orang yang tinggal dalam bilik 5, 6, 7 dan 8 adalah Justin, Jijo, Ali dan Abam.
Yang paling banyak berlaku pertemuan dan perpisahan dengan makhluk ini hanya
kami berempat (Ali, Justin, Jijo dan aku). Kali ni kisah Justin dan Jijo. “Apa
dia kamu ni?” jijo yang sedang makan megi di meja luar biliknya. Kamu join la
sekali cerita ni.
Justin empunya cerita.
Aku ni pemain DoTA yang agak
tegar. Setiap malam pukul 2 atau 3 pagi baru nak tidur. Jadi memang Ali akan
tidur dulu la. Ali tidur diruang tamu tempat yang sama aku main DoTA
menggunakan laptop aku. Sebab aku main lewat malam, sebab aku ada internet
burung hantu (pada ketika itu). Jadi coverage waktu itu sangat-sangat bagus.
Taka da istilah ‘lagg’ ketika aku ber’online’ waktu itu. Jadi aku ni macam
penjaga Ali la masa dia tidur untuk sejam atau 2 jam yang pertama. Aku suka
main dalam gelap supaya dapat feel untuk main game online. Tak lah aku diganggu
oleh sinaran putih lampu Kalimantan yang ada di atas kepala aku ni. Selepas 2
minggu aku dalam kolej ni, perasaan aku mula rasa pelik. Aku yakin kita
menghuni rumah ini bukan 8 orang. Aku dapat rasakan lebih dari tu. Aku tak tahu
kenapa, aku selalu dapat mimpi yang pelik-pelik.
Aku mimpi yang dalam bilik aku ni
ada seorang lelaki yang hanya termenung melihat tingkap. Ada 3 kanak-kanak yang
bermain dalam rumah ini dan seorang perempuan didalam bilik Hans. Pakaian
mereka bukan lah dizaman 80an atau 90an. Tetapi macam zaman sekarang. Yang
menakutkan setiap seorang dari mereka tidak mempunyai muka. Dalam mimpi aku,
aku berjalan melihat seorang demi seorang. Aku mulakan dengan lelaki yang
berada dibilik aku, aku hanya melihat dia melihat diluar jendela. Muka tidak
ada tetapi hanya duduk diam tanpa ada sebarang pergerakkan. Aku keluar bilik
menuju ke ruang tamu depan rumah kita. Tempat yang ali tidur itu tempat
budak-budak itu bermain. Mereka tidak bermain menggunakan fizikal sangat,
mereka hanya duduk dan bermain masak-masak. Agak berbeza sedikit apabila aku
memasuki bilik Hans. Dalam bilik ini, aku mendapati ada seorang perempuan
sedang bermain kerusi. Perempuan ini tidak bermuka cuma dia dalam keadaan
basah. Tidak seperti yang lain, perempuan ini seolah-olah perasan akan
kehadiran aku. Dia akan serang aku dengan menjerit. Dia menjerit seolah-olah
aku ni perogol yang mahu merogol dia. Aku yang terkejut dengan jerit jatuh
terduduk di lantai, aku cuba bergegas keluar dari bilik. Malangnya perempuan
yang tidak bermuka dan berbaju lusuh kekuningan telah mencapai kaki kanan aku,
dan menarik aku perlahan-lahan ke bawah katil ini(katil yang hans tidur). [Hans
dan Ali yang sedang duduk diatas katil tiba-tiba angkat kaki yang berada di
lantai dan duduk bersila]. Aku meronta-ronta cuba melepaskan diri dari
perempuan itu. Masuk je aku ke bawah katil Hans, aku pun tersedar dari tidur
aku.
Sudah 2 kali mimpi yang sama,
kali ketiga agak berbeza sebab aku tak terus terjaga. Aku tahu yang aku sedang
bertungkus lumus untuk melarikan diri di alam mimpi, tetapi kali ni gagal. Aku
tak boleh tersedar dari mimpi. Aku masuk di bawah katil, dibawah katil, aku
ternampak satu makhluk telah merangkak cuba mengigit aku di bahagian pusat aku.
Aku terasa sangat sakit walaupun di alam mimpi. Nasib aku baik, aku Berjaya
memboloskan diri apabila badan aku digerakkan oleh seseorang. Aku kembali ke
alam nyata. Terasa lega apabila orang yang mengerakkan badan aku adalah Joji.
Walaupun hanya mimpi, aku terjaga dengan ada bekas gigitan di bahagian pusat
aku. Hanya kesan biasa. Lalu, bermulalah kisah aku diganggu selepas aku
terlepas dari mimpi yang pelik itu.
Kisah permulaan dia berminat
dengan aku apabila aku bermain DoTA pada hari isnin minggu lepas. Aku pulang
dari fakulti pada jam 6.00petang, dan niat aku memang hendak rehatkan diri
selepas habis kelas. Aku tidur selepas mandi. Aku tidur sampai jam 9.00malam
selepas aku terpaksa buka pintu Hans ketuk. Aku masuk dalam bilik air, dan
menyegarkan mata aku, basuh muka, gosok gigi, tiba-tiba terbau wangi. “oh ni
mesti hans nak keluar lepak kat kedai” bisik hati aku ketika dalam bilik air.
Aku segera keluar dari tandas, dan meluru ke arah bilik Hans, tekaan aku memang
tepat, Hans sedang bersiap sedia untuk pergi ke kandang, tempat lepak yang
paling digemari budak-budak puncak ni. Aku meminta Hans membeli aku nasi goring
kampong tambah telur mata sebab aku dah malas hendak bersiap turun ke kandang.
Hans mintak duit dan berlalu pergi. Aku terasa sangat kosong selepas Hans
keluar, jadi aku pun masuk ke setiap bilik untuk melihat samada ada penghuni
lain didalam rumah ini atau tidak. Malangnya, malam itu memang aku keseorangan.
Tinggal seorang didalam rumah itu tidak menjadi satu masalah pada aku, sebab
aku hanya balik ke kampung halaman aku di Sarawak sekali setiap semester. Aku tidak
menghiraukan masalah itu. Aku ambil laptop hitam aku didalam beg, letak diatas
meja, pasang plug dan on laptop aku. Tak lama selepas aku masukkan kata kunci
dalam laptop aku, aku terus buka ‘game’ DoTA. Sedang asyik aku bermain DoTA di
alam maya itu, tiba-tiba aku ditolak oleh seseorang. ‘Haish, jangan la kacau
aku main ni.” Kata aku yang tak nak diganggu ketika sedang menghadapi musuh
dalam DoTA ini. Kali kedua aku ditolak selang beberapa minit selepas itu. Pada
mulanya dia menolak kaki aku, tapi kali ini dia menolak kepala aku. Aku agak
berang pada saat itu, lalu menoleh ke belakang, tapi tiada sesiapa pun. jadi
aku meneruskan bermain disebabkan ‘game online’ takde istilah pause. Sedang aku
asyik bermain, baru aku teringat yang tiada sesiapa dalam rumah melainkan aku
seorang. Tiba-tiba aku berasa seram sejuk. Mulalah aku tidak boleh fokus
bermain. “lepas habis game ni aku nak lepak kat beranda lah” kata hati aku.
Sekarang aku hanya duduk di ruang beranda rumah apartment aku, bukan kerana
malas bermain DoTA, tetapi seriau akan perkara yang baru terjadi sebentar tadi.
Tak lama lepas itu, Joji balik. Joji membuat kerja dia sendiri. Apabila dah ada
orang didalam rumah, barulah aku terasa hendak bermain semula.
Gangguan ketiga aku kena
baru-baru(pada masa itu) ni. Seperti aku pernah memberitahu kalian, yang aku
suka tidur lambat sebab selalu ‘on-gaming’ waktu-waktu keemasan itu. Suatu
hari, sewaktu aku sedang asyik main game sebab esok cuti, tiba-tiba aku terdengar
suara orang ketawa dari bilik hans. Aku agak pelik sebab hans ni jenis tidur
awal. Selalunya hans ni tidur pukul 11 ke 12, tapi hari ni, sudah 3 pagi masih
bunyi ketawa. Bukan setakat itu sahaja, aku dengar suara ketawa dan bunyi
kerusi. Kerusi besi yang diheret diatas lantai. Bunyi yang agak mengilukan. Pintu
bilik hans tertutup rapat. Itu tidak lah pelik sebab hans memang jenis suka
pintu biliknya ditutup. Cahaya lampu yang terkeluar dari bawah pintu bilik hans
ni, menyakinkan aku yang hans masih terjaga. Aku fikir, yang hans sedang
bergayut telefon. Jadi aku pergi ke bilik hans, aku ketuk pintu bilik dia. “Hans,
tolong diam skit wei, orang nak tidur, bising.hahaha..”. Aku cakap dengan nada
nasihat pada hans. Tak lama selepas itu, ketawa dan bunyi kerusi berhenti dan
lampu dalam bilik hans dipadamkan. Aku berasa sangat bersalah. Rasa macam hans
marah aku sebab tegur dia. Jadi aku nekad, esok pagi aku nak mintak maaf dekat
dia.
Pada keesokkan harinya, aku pergi
ke bilik hans, tetapi hans takde dalam bilik dia. “Mungkin dia ada plan dengan
kawan-kawan dia kot. Takpelah malam japgi la aku jumpa dia” bisik hatiku. Aku menunggu
hans, dari pagi sampai ke petang, tapi hans tidak muncul-muncul juga. Tidaklah aku
menunggu dengan tidak membuat apa, Cuma aku menunggu didalam rumah. Hari sudah
pun masuk pukul 6 petang. Namun hans masih tidak pulang. Aku mengambil
keputusan untuk lelapkan mata aku sebentar untuk ‘recharging’ tenaga aku untuk
meneruskan perjuangan aku dalam DoTA. Pukul 3 pagi, dari bilik hans, ada orang
ketawa dan pasang muzik yang agak kuat. “Haish hans ni, dia buat perangai lagi
ke? Dia buat party ke? Riuh rendah semacam ja”. Aku tidak terus menegur hans. Lalu
aku rasa aku patut ajak Joji untuk sama-sama nasihat hans. Aku kejut Joji dan
menceritakan niat di hati aku. Lalu Joji yang berat hati meninggalkan tempat
tidur dia memaksa dirinya membantu aku menasihatkan hans. Aku pun ketuk pintu
bilik hans. “Hans, ooo, Hans, aku nak masuk kejap bole?”. Hans hanya membisu. Tiba-tiba
muzik dan ketawa tadi hilang dari kesunyian pagi itu. Tak lama selepas itu,
bilik hans menjadi gelap disebabkan lampu telah ditutup. Joji bertanya pada
aku, “Ko gaduh ngan hans ke semalam?”. Aku menceritakan apa yang terjadi
semalam. Joji pun menenangkan aku yang risau akan hans yang mungkin terasa cara
aku menegur dia semalam. “Esok kita setelkan sama-sama, sekarang ko tidur dulu.”,
pujuk Joji.
Keesokkan harinya, aku masih
tidak melihat hans. Aku buka pintu biliknya, tapi tiada sesiapapun didalam
biliknya. Mungkinkah hans tak nak bersua muka dengan aku? Marah sangatkah dia
dekat aku? Hans mana pernah marah aku sampai macamni. 1001 soalan yang bermain
di minda aku. Aku pun menceritakan kepada Joji satu per satu dari pencemaran
bunyi yang hans buat sampai apa yang aku katakan kepada hans sampai hans
merajuk. “Hans balik je, terus aku nak mintak maaf kat dia, aku taknak la
bermasam muka dalam satu rumah”. 10 minit selepas itu, ada orang ketuk pintu
rumah aku. Joji bangun dan bukakan pintu. Hans muncul dengan galas beg yang
besar. Joji tanya, “ko pergi mana hans?”, “aku balik kampong wei, lupa nak
bagitau korang, sorry wei, ni aku ada bawah kudap-kudap, bolehkan makan waktu
tengok movie nanti” hans menjawab sambil meletakkan beg yang digalasnya. Aku
terus bertanya kan bila dia balik ke kampong dan katanya dia cuti 5 hari
disebabkan kuliah minggu lepas banyak yang dibatalkan oleh pensyarah. Aku dan
Joji binggung. Siapa yang ada didalam bilik hans semalam dan dua hari yang
lepas? Sapa yang buka dan padamkan lampu dalam bilik hans? Siapa yang ketawa
dan memasang muzik pada pukul 3 pagi dalam bilik hans? Aku hanya memandang muka
Joji yang mukanya agak pucat. Kami membuat keputusan untuk merahsiakan perkara
ini sampai sekarang. Tetapi apabila Ali telah memulakan bicara, aku pun rasa
hans patut tahu yang biliknya lah tempat kegemaran penghuni selain kami.
Kembali kepada cerita Hans di
dalam biliknya.
Selepas mendengar cerita dari
Justin dan pengakuan Joji, malam tu aku memaksa mereka tidur diruang tamu rumah
kami. Dan yang pasti aku nak tidur ditengah-tengah antara mereka. Selepas
seminggu dirumah tu, aku berasa bersyukur, makhluk yang menghuni rumah aku
tidak berminat dengan aku. Bermakna aku selamat dari gangguan. Yeay…
Maaf hans, kau salah. ‘Kami’ menggunakan
kawan kau supaya kau extra takut. Cuma ‘Kami’ lambatkan masa untuk menganggu
kau. Orang cakap, “save the best for the
last”. And yes, that quote is true. Next, 1B16 – Pak Guard UiTM
Comments
Post a Comment