Aku selalu tertanya-tanya apakah yang aku lihat hari ini sekadar mimpi atau ianya kenyataan. Sebab saling tak tumpah dengan apa yang aku lihat dalam movie yang ber'genre' seram itu.
Alamak, aku terpilih menjadi wakil untuk sekolah aku menyertai perkhemahan selama 4 hari di kem tok sakah. Berat hati aku meninggalkan sekolah aku. Tambahan pula inilah kali pertama aku akan menyertai perkhemahan berseorangan. Hadoii.. Guru pembimbing aku, cuba memujuk aku untuk pergi juga, alasannya untuk menambah markah kokurikulum aku yang sikit lagi nak capai A. Lalu aku memaksa diri untuk pergi.
Hari ini, aku kena berkumpul di daerah LMS untuk bergerak ke Tok Sakah, berdepan dengan pulau pangkor. Segala persiapan telah lengkap, aku bersedia untuk bergerak ke sana dengan hati yang tak redha. Jam 8.30am aku bergerak ke sana. Perjalanan yang tak tenteram itu mengambil masa lebih kurang sejam setengah.
Lupa aku nak bagitahu, aku tak nak pergi sebab aku dah buat 'research' tentang kem ni. Kem ini pernah dijadikan sebagai sebuah kem plkn. Tapi menjadi masalah apabila kem itu telah ditinggalkan almost 2 tahun. Lagi menakutkan apabila aku terbaca dalam satu blog, yang mengatakan kem ini ditinggalkan sejurus selepas seorang pelajar plkn ini telah dirasuk sehingga tak dapat disembuhkan oleh ustaz yang ada disitu. Lagi menarik apabila pelajar tersebut mengilai selepas jam 3 pagi setiap hari sehingga menganggu ketenteraman pelajar lain. Pelatih plkn telah membuat keputusan untuk menghantar pelajar terbabit pulang supaya kem itu kembali tenang. Selepas pelajar terbabit dihantar pulang ke rumah, suara mengilai masih kedengaran setiap pagi manakala kes rasuk juga menjadi lebih teruk. Seolah-olah ada makhluk yang tak suka akan kehadiran pelajar plkn disitu.
Sepanjang perjalanan, aku hanya memandang ke arah tingkap, tidak seperti pelajar lain yang gembira pergi ke sana. Sesampai aku ke simpang masuk kem tok sakah, aku terpandang seorang lelaki yang berambut putih tetapi botak ditengah, berjambang sehingga meliputi 60% dari wajahnya, membawa karung yang berisi tin dan botol kosong, cuba memandang wajah aku, lalu cuba memberitahu aku sesuatu. Aku berasa sangat hairan dengan perbuatan pakcik tadi. Apabila bas yang aku naiki tadi melepasi pakcik tersebut, aku ternampak pula seorang aunty india yang juga cuba memberitahu aku sesuatu. Sama la perbuatan dia dengan pakcik itu. Apa yang mereka cuba sampaikan?
Bas berhenti tepat jam 10.00am seperti yang dijangkakan. Aku merupakan orang yang terakhir turun dari bas berkenaan.
Comments
Post a Comment