Cerita ni memang terjadi
depan mata ayah dan adik lelaki aku. Ayah aku seorang pemandu lori. Oleh kerana
keadaan dia yang tidak sihat pada ketika itu, adik lelaki aku teman dia pergi
buat kerja. Pada suatu hari, ayah dapat panggilan dari customer dia iaitu
seorang guru dari sekolah berdekatan dengan rumah kami. Dia order batu tar yang
dah dikorek semula selepas buat jalan. So ayah aku pergi la nak ambil batu tar tu
dekat highway utara selatan. Masalahnya batu tu tidak dibekalkan pada waktu
siang. Sebab kalau operasi membuat jalan di highway dibuat pada siang hari,
takut jalan jam. So nak ke tak nak kena buat jalan tu pada malam hari supaya
tak jam la. So nak ke tak nak, ayah aku tetap kena pergi ambil lepas maghrib
dalam pukul 8.00malam camtu. Untuk pengetahuan sahabat, operasi buat jalan tu
start pukul 10 malam. Jalan yang hendak dibuat baru, kena korek batu tar yang
lama. Lepastu barulah boleh letak batu tar baru. Sedangkan nak korek batu tar
lama tu pon makan masa, tambah la nak buat jalan. So ayah aku sampai situ dalam
pukul 9.30malam lebih kurang,so boleh bayangkan la jauh ke tak tempat tu. Lupa
nak bagitau sekolah tu mintak 8 lori untuk buat tapak parking kereta kalau tak
silap.
Isi batu tar tu dalam lori
and adik aku pun tutup kanvas lori and dah siap semua, baru ayah aku gerak. Sampai
sekolah tempat nak tambak batu tar tadi dalam lingkungan jam 11.30malam. Dah
setel tambak batu tar tu kat dalam kawasan sekolah, ayah aku gerak menuju
tempat ambil tar tu lagi sekali untuk second trip. Oleh kerana hari dah lewat
malam, kurang kenderaan atas jalan, so ayah aku dapat la pecut laju sikit lori
dia. So sampai sekolah untuk second trip dalam lngkungan jam 1.30 pagi camtu. Jangan
argue sal masa sebab aku tak yakin sangat ketepatan masa untuk kali kedua. Macam
biasa, adik aku akan turun lori and dia akan jaga belakang lori untuk
memudahkan ayah aku undur lori dia. Waktu ayah aku ambil lajak nak undur lori,
ayah aku terperasan ada satu lembaga putih sedang berdiri tegak dihujung jalan.
Jauh lembaga itu dengan lori ayah aku dalam jarak 50 meter camtu. Ayah aku just
abaikan tapi waktu tengah undur, tiba-tiba makhluk tu duduk kat pondok pengawal
(sekolah baru nak buat, pengawal takde lagi), jarak dalam 20 meter camtu, ayah aku
dah naik cuak, tapi dia abaikan lagi. Yang paling kesian ialah adik aku sebab
dia tak nampak lagi. Ayah aku diam ja sebab tak nak adik aku terkejut. After dah
undur, adik aku naik atas lori nak bukak kanvas. Lepastu dia turun semula sebab
nak bukak pintu lori. Waktu tengah bukak pintu lori, makhluk tadi ada di belakang
dia tapi jauh la jugak dalam 10 meter gitu. Lepas adik aku nampak je makhluk
tu, laju je panjat lori and suruh ayah tuang batu tar tu and terus ajak keluar
dari kawasan sekolah tu. Adik aku ajak ayah balik sebab tak larat katanya. Waktu
perjalanan balik, baru dia tanya,”Ayah nampak pocong tak kat belakang lori
tadi?” Ayah pun cakap,”Nampak ja, kenapa?”. Adik pon bagitau ayah, tu first
time pengalaman dia.
Baru 2 lori, masih ada 6 lori
lagi.
Pada keesokan hari, adik aku
ni nak tolong ayah lagi sebab kesian kat ayah. Tapi kali ni dia prepared,
sebelum pergi dia dah baca ayah ruqyah. Alhamdulillah kehebatan Allah takde
makhluk yang boleh tanding. So untuk malam ni ayah and adik tak jumpa makhluk
tu dan dapat hantar 4 trips.
Masih tinggal 2 trips.
Hari terakhir, macam biasa
adik and ayah pergi lagi untuk melaksanakan jual beli batu tar tu. Tapi kali ni
adik terlupa baca ayat ruqyah sebelum pergi. Trips pertama masih tak jumpa
sebab mungkin awal lagi. Tapi trip kali kedua lebih kurang 1.45pagi, pocong
yang sebelum adik and ayah jumpa, muncul semula. Kali ni ayah dan adik nampak
sekaligus(masa yang sama). Waktu tengah undur, adik dah nampak pocong tu macam
sedang menunggu ayah and adik aku. And lebih malang, kali ni ayah aku kena
tambak batu tar tu di depan kantin sekolah tempat pocong tu tengah berdiri. Adik
aku terpaksa pergi juga buka pintu lori untuk tuang tar tersebut. Padahal jarak
adik dengan pocong tu tak sampai 5 meter. Dekat sangat wei sampai adik aku leh
nampak setiap inci muka pocong ni. Adik aku ni kadang-kadang kuat juga sebab
dia akan takut untuk pertama kali sahaja, kalo kali kedua dia dah macam rileks
sikit. Lepas selesai trips yang kelapan, ayah and adik aku pun balik la.
Keesokkan harinya baru dia
dengan ayah cerita satu persatu pasal kejadian tiga hari tu. Kata adik, selalu
orang gambarkan hantu ni mata merah la tapi dari apa yang dia tengok sendiri,
depan mata dia, pocong tu lebih kepada mayat yang dah hampir-hampir nampak tengkorak,
takde isi and kulit kerepot. Aku tanya lagi, waktu adik aku bukak pintu lori
tu, dia tengah watpe? Adik aku cakap tak buat apa-apa tapi dia goyang diri dia
kekanan kekiri sampai kami belah dari sekolah tu. The end.
Ps: pintu lori tu pintu yang
digunakan untuk jet supaya batu boleh keluar.
Comments
Post a Comment